DOA SELAMAT SEMPENA KEBERANGKATAN DULI-DULI TUANKU
KE MAJLIS-MAJLIS RASMI DAN TIDAK RASMI
Segala pujian bagi Allah Subhanu Wa Ta’ala yang telah mengatur dan menentukan sesuatu itu berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi kesyukuran kami sembahkan kehadratMu Ya Allah, yang telah menentukan perhimpunan pada hari ini agar berjalan dengan baik, telus dan sempurna.
Allah jualah yang mentadbir segala urusan dan menentukan sebarang keputusan. Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayahMu, supaya perhimpunan hamba-hambaMu ini sampai kepada keputusan yang telah dimaksudkan. Berkatilah kami agar dapat mensejahterakan kepentingan umat dan watan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, meletakkan sepenuh pengharapan agar kedamaian dan keselamatan terjalin. Hindarkanlah kami dari kemungkaran serta sesuatu yang boleh menjejaskan keamanan.
Limpahkanlah rahmat dan ihsanMu kepada kami, dalam menjalankan hidup yang penuh amanah, tugas dan kewajipan.
Yang Maha Pemurah dengan nikmat pemberian Mu jua, kurniakanlah kepada kami serta seluruh usrah keluarga kami nikmat kesejahteraan, kesihatan dan kesempurnaan agar dapat kami berusaha menuju ke arah pembanggunan dan kemakmuran yang diredhaiMu.
Allah jualah yang mengetahui tujuan majlis, jadikanlah tujuan dan maksud yang diharapkan. Semoga hidup kami bertambah keimanan dan keyakinan.
Naungilah dengan rahmat, bahagia, dirgahayu dan daulat ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallullail, Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, beserta Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis serta seluruh kerabat Baginda.
Peliharakanlah negara dan negeri kami dan rakyatnya, dari segala angkara dan malapetaka. Kukuhkanlah perpaduan serta taat setia rakyat kepada Raja Pemerintah kami yang dikasihi ini hingga ke akhir zaman.
Amin-amin ya rabbal alamin.