![]() |
DARJAH KERABAT DIRAJA PERLISRingkasnya D.K.P.Dizahirkan pada 17 Mei 2001. Darjah ini tidak membawa apa-apa gelaran. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Dizahirkan khususnya dan dikurniakan hanya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. |
![]() |
DARJAH KERABAT BAGINDA
|
![]() |
DARJAH DATO’ BENDAHARA SERI JAMALULLAILRingkasnya D.B.S.J.Dizahirkan pada tahun 2006. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Darjah ini dikurniakan atas perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis. Darjah ini merupakan penghormatan yang sangat tinggi kepada penerima. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Bendahara Seri Diraja Negara. |
![]() |
DARJAH SERI SETIA
|
![]() |
DARJAH SETIA PADUKA
|
![]() |
DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERLISRingkasnya S.P.M.P.Dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri. Gelaran untuk isteri penerima ialah Datin Seri |
![]() |
DARJAH DATO’ SETIA
|
![]() |
DARJAH DATO’ WIRA
|
![]() |
DARJAH DATO’ PADUKA MAHKOTA PERLISRingkasnya D.P.M.P.Dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Bintang, Selepang dan Lencana. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’. Gelaran untuk isteri penerima ialah Datin. |
![]() |
DARJAH DATO’ SETIA PADUKA
|
![]() |
DARJAH DATO’ PANGLIMA SIRAJUDDIN JAMALULLAILRingkasnya D.P.S.J.Dizahirkan pada 25 Februari 1995. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang dan Lencana Leher. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada Negeri Perlis. Penerima kurnia bagi darjah ini membawa gelaran Dato’. Gelaran untuk isteri penerima ialah Datin. |
![]() |
DARJAH DATO’ BERGELARDizahirkan pada 27 Disember 1978. Pengurniaan Dato’ Bergelar membawa gelaran mengikut Pengurniaan itu sendiri. Dato’-Dato’ Bergelar yang telah diperkenankan diwujudkan sehingga penerbitan ini adalah seperti berikut : I. Dato’ Kurnia Bakti VII. Dato’ Kaya Bakti |
![]() |
DARJAH SETIA MAHKOTA PERLISRingkasnya S.M.P.Dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Lencana Leher. |
![]() |
DARJAH SERI SIRAJUDDIN PERLISRingkasnya S.S.P.Dizahirkan pada tahun 2005. Darjah ini mengandungi Lencana Leher dan dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan berjasa kepada Negeri Perlis. |
|
DARJAH AHLI MAHKOTA PERLISRingkasnya A.M.P.Dizahirkan pada 27 Jun 1971. Darjah ini mengandungi Pingat. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perlis. Pingat yang di bawah adalah untuk wanita. |
|
PINGAT MAHKOTA PERLISRingkasnya P.M.P.Dizahirkan pada 22 Jun 1995. Pingat ini dikurniakan kepada sesiapa yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perlis. Pingat yang di bawah adalah untuk wanita. |
|
PINGAT KEBERANIAN HANDALRingkasnya P.K.H.Dizahirkan pada 22 Ogos 1953. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa di dalam Negeri Perlis yang telah menunjukkan keberanian handal di dalam kejadian yang sangat-sangat membahayakan dirinya. Pingat yang di bawah adalah untuk wanita. |
![]() ![]() |
PINGAT PEKERTI TERPILIHRingkasnya P.P.T.Dizahirkan pada 18 Ogos 1960. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa yang telah melakukan di dalam Negeri Perlis ini sesuatu perbuatan atau beberapa perbuatan pekerti yang terpilih di dalam keadaan yang membahayakan dirinya. Pingat yang di bawah adalah untuk wanita. |
![]() ![]() |
PINGAT JASA KEBAKTIANRingkasnya P.J.K.Dizahirkan pada 22 Oktober 1953. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa yang telah melakukan jasa kebaktian kepada Negeri Perlis. Pingat yang di bawah adalah untuk wanita. |
![]() ![]() |
PINGAT JASA BAIKRingkasnya P.J.B.Dizahirkan Pada 30 Jun 1968. Pingat ini boleh dikurniakan kepada sesiapa yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan taat kepada Negeri Perlis. Pingat yang di bawah adalah untuk wanita. |
![]() ![]() |
PINGAT PERKHIDMATAN LAMARingkasnya P.P.L.Dizahirkan pada 4 Julai 1962. Pingat ini diberi kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat dengan cemerlang melebihi 25tahun. Pingat yang di bawah adalah untuk wanita. |