Sesi menghadap Raja Perlis fokus isu kesejahteraan dan pembangunan negeri - PM Anwar

Sesi menghadap Raja Perlis fokus isu kesejahteraan dan pembangunan negeri - PM Anwar
ASTRO AWANI
 
KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada Isnin.
Dalam sesi pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam itu, kata Anwar, beliau berbincang banyak perkara bersama baginda termasuk bertukar pandangan berkaitan hal ehwal kesejahteraan dan pembangunan rakyat di Perlis.
 
"Banyak yang kami bicarakan dalam pertemuan selama lebih satu jam, termasuk bertukar pandangan terkait hal ehwal kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan di Perlis yang memerlukan tumpuan khusus Kerajaan Persekutuan.
 
"Penghargaan setingginya atas kesudian menerima patik menghadap hari ini.
 
"Mendoakan kesembuhan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku, Insya-Allah," katanya dalam perkongsian di laman sosial X.
 
Pertemuan beliau bersama Tuanku Syed Sirajuddin diadakan di Wad Diraja Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.
Beliau yang hadir bagi melakukan kunjungan ke negeri Indera Kayangan itu turut berkesempatan menghadiri Taklimat Pembangunan Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Turut menyertai taklimat itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli termasuk barisan exco kerajaan negeri, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan barisan pentadbiran kanan negeri.
 
Ahli Parlimen Tambun itu kemudiannya menyertai tinjauan di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan sebelum hadir ke Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Nurul Huda di Felda Chuping.
Tags


Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

STATISTIK LAMAN WEB
Masa capaian : 0.5 saat

Tarikh Kemaskini :    10/10/2024 
Statistik Pelawat : ->

004268
Hari Ini: 7
Semalam: 112
Minggu Ini: 119
Minggu Lepas: 551
Bulan Ini: 1,430
Jumlah: 4,268