Kain Rentang Majlis / Banner Majlis

PENYEDIAAN KAIN RENTANG DALAM MAJLIS-MAJLIS/PROGRAM-PROGRAM

Pada kebiasaannya, pihak penganjur akan menyediakan kain rentang (banner) dalam majlis-majlis atau program-program yang melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis mahu pun DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis. Antara perhatian yang perlu diberikan semasa penyediaan kain-kain rentang ini ialah:

  1. Ejaan nama Duli-duli Tuanku beserta darjah kebesaran;
  2. Kesesuaian gambar Duli-duli yang digunakan mengikut majlis/program;
  3. Kedudukan gambar Duli-duli Tuanku;
  4. Penggunaan bahasa; dan
  5. Susunan kekananan logo penganjur/penaja.

Berikut merupakan contoh-contoh kain rentang yang boleh digunakan sebagai panduan:

1) Majlis melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis

IMG 2921

 

2) Majlis melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis

banner5

 

3) Majlis melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis

IMG 3612

 

4) Majlis melibatkan keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

IMG 3613

 

5) Majlis melibatkan keberangkatan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis

banner6

 

6) Majlis melibatkan keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis

banner

Santapan Diraja

Sekiranya pihak penganjur berhasrat untuk mempersembahkan bahan santapan kepada Duli-duli Tuanku sebagai salah satu pengisian majlis/program, berikut merupakan menu-menu yang mana Duli-duli Tuanku tidak santap untuk dijadikan panduan. Pihak penganjur perlu menyembah cadang menu-menu yang ingin dipersembahkan terlebih dahulu bagi mendapatkan limpah perkenan sebelum tindakan penyediaan boleh diambil.

santapan

Doa Selamat Sempena Keberangkatan

DOA SELAMAT SEMPENA KEBERANGKATAN DULI-DULI TUANKU
KE MAJLIS-MAJLIS RASMI DAN TIDAK RASMI

bismillah
Segala pujian bagi Allah Subhanu Wa Ta’ala yang telah mengatur dan menentukan sesuatu itu berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi kesyukuran kami sembahkan kehadratMu Ya Allah, yang telah menentukan perhimpunan pada hari ini agar berjalan dengan baik, telus dan sempurna.

Allah jualah yang mentadbir segala urusan dan menentukan sebarang keputusan. Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayahMu, supaya perhimpunan hamba-hambaMu ini sampai kepada keputusan yang telah dimaksudkan. Berkatilah kami agar dapat mensejahterakan kepentingan umat dan watan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, meletakkan sepenuh pengharapan agar kedamaian dan keselamatan terjalin. Hindarkanlah kami dari kemungkaran serta sesuatu yang boleh menjejaskan keamanan.

Limpahkanlah rahmat dan ihsanMu kepada kami, dalam menjalankan hidup yang penuh amanah, tugas dan kewajipan.

Yang Maha Pemurah dengan nikmat pemberian Mu jua, kurniakanlah kepada kami serta seluruh usrah keluarga kami nikmat kesejahteraan, kesihatan dan kesempurnaan agar dapat kami berusaha menuju ke arah pembanggunan dan kemakmuran yang diredhaiMu.

Allah jualah yang mengetahui tujuan majlis, jadikanlah tujuan dan maksud yang diharapkan. Semoga hidup kami bertambah keimanan dan keyakinan.

Naungilah dengan rahmat, bahagia, dirgahayu dan daulat ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallullail, Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, beserta Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis serta seluruh kerabat Baginda.

Peliharakanlah negara dan negeri kami dan rakyatnya, dari segala angkara dan malapetaka. Kukuhkanlah perpaduan serta taat setia rakyat kepada Raja Pemerintah kami yang dikasihi ini hingga ke akhir zaman.

Amin-amin ya rabbal alamin.

Keperluan Logistik

Kod Etika Pemakaian


Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

STATISTIK LAMAN WEB
Masa capaian : 0.5 saat

Tarikh Kemaskini :    10/10/2024 
Statistik Pelawat : ->

004268
Hari Ini: 7
Semalam: 112
Minggu Ini: 119
Minggu Lepas: 551
Bulan Ini: 1,430
Jumlah: 4,268