Perutusan Pengelola Bijaya Diraja

TUAN HJ AIZAL BIN MAZLAN 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju.

Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke Portal Rasmi Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa portal yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini.

Portal ini adalah gerbang informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis khususnya berkaitan Institusi Diraja Perlis. Portal ini dibangunkan bagi memberikan maklumat kepada yang tepat dan terkini kepada agensi-agensi Kerajaan dan orang awam berhubung Institusi Diraja Perlis.

Portal ini turut mempersembahkan sebahagian daripada rentetan peristiwa bersejarah Pejabat ini dalam memartabatkan Institusi Diraja di Negeri Perlis. Raja pemerintah berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat untuk menjunjung taat setia kepada Raja dan Negara yang menjadi tonggak utama dalam menyatupadukan rakyat di negara ini.

Akhir kata, semoga isi kandungan portal ini dapat memberikan informasi dan manfaat kepada pengunjung sekalian. Adalah menjadi harapan saya agar Portal Rasmi ini menjadi wadah utama kepada semua pihak untuk mengenali Institusi Diraja Perlis.


Hj Aizal Bin Mazlan
Pengelola Bijaya Diraja

Tags


Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

STATISTIK LAMAN WEB
Masa capaian : 0.5 saat

Tarikh Kemaskini :    06/11/2024 
Statistik Pelawat : ->

008595
Hari Ini: 2
Semalam: 117
Minggu Ini: 215
Minggu Lepas: 611
Bulan Ini: 282
Jumlah: 8,595