Galeri Diraja

SEJARAH GALERI DIRAJA ARAU

Galeri DiRaja Arau telah disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis pada 4 Mei 2005 bersamaan 25 Rabiul Awal 1426 Hijrah yang pada ketika itu merupakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke 12. Aras bawah bangunan ini menempatkan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis. Manakala di tingkat atasnya pula menyaksikan koleksi-koleksi Almarhum Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Raja Syed Saffi, Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail tersergam indah.

Galeri ini tidak dibuka kepada orang ramai pada kebiasaanya. Walau bagaimana pun, pelawat boleh mengunjungi Galeri ini atas limpah perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis. Pihak yang berhasrat untuk melawat Galeri ini bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis ( Klik di Sini).

Galeri ini sentiasa menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara termasuklah tetamu-tetamu kenamaan, tokoh-tokoh antarabangsa, tetamu luar negara, persatuan-persatuan dan badan-badan bukan Kerajaan serta pelajar-pelajar sekolah antara lainnya. Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis setiap tahun, Galeri ini akan dibuka kepada seluruh rakyat jelata semasa Program Malam Kilauan Cahaya.

KOLEKSI GALERI DIRAJA ARAU

Galeri Diraja Arau menempatkan sebahagian daripada koleksi-koleksi Almarhum Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Raja Syed Saffi, Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail. Memandangkan ruangan yang agak terhad, ada juga koleksi-koleksi yang tidak dapat dipamerkan. Malah, ada juga diantaranya pada masa ini diletakkan di Muzium Marhum Kayang. Antara koleksi-koleksi yang boleh dilihat di Galeri Diraja Arau termasuklah:

Baju Muskat Diraja
Cop Resmi Diraja Syed Alwi Bertulis Jawi
Keris Panjang
Basikal Rotan Dari Switzerland
Boomerang
Cop Resmi Diraja Syed Alwi Bertulis Jawi 2
Frame Salasilah Keturunan Raja-Raja Negeri Perlis
Kain Siwah dan Penyapu
Kerusi Pertabalan 2
Koleksi Mancis
Koleksi Al Quran
Koleksi Angkatan Tentera Malaysia
Alat Pertanian Tenggala
Tags


Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

STATISTIK LAMAN WEB
Masa capaian : 0.5 saat

Tarikh Kemaskini :    10/10/2024 
Statistik Pelawat : ->

004220
Hari Ini: 71
Semalam: 59
Minggu Ini: 71
Minggu Lepas: 551
Bulan Ini: 1,382
Jumlah: 4,220