Soalan Lazim

  • S1. Apakah prosedur untuk memohon mengadap DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis?

    Permohonan perlu dikemukakan kepada Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis dengan menyatakan secara jelas cadangan tarikh dan lokasi mengadap beserta tujuan dan senarai nama delegasi termasuk jawatan (sekiranya ada) untuk dipersembah maklumkan Duli-duli Tuanku bagi mendapatkan titah perkenan (klik di sini).
  • S2. Bagaimanakah cara untuk mempersilakan DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis bercemar duli berangkat ke sesuatu majlis atau program?

    Warkah persilaan perlu dimajukan kepada Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis untuk dipersembah maklumkan Duli-duli Tuanku bagi mendapatkan titah perkenan. Warkah persilaan perlu disertakan dengan atur cara majlis/program dan kod etika pemakaian yang dicadangkan (klik di sini).
  • S3. Apakah menu santapan yang sesuai untuk dipersembahkan semasa keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ke sesuatu majlis atau program?

    Pihak penganjur boleh menyembah cadang menu santapan terlebih dahulu berdasarkan panduan yang disertakan (klik di sini). Penyediaan menu santapan walau bagaimana pun hanya dimuktamad dan disediakan selepas mendapat titah perkenan Duli-duli Tuanku.
  • S4. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan khidmat nasihat protokol bagi majlis-majlis yang melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis?

    Khidmat nasihat berkaitan urusan protokol boleh dirujuk secara terus ke Unit Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di talian 04-9769634 Sebagai langkah alternatif, pihak penganjur juga boleh melayari pautan https://www.perlis.gov.my/.
  • S5. Bagaimanakah untuk memohon peralatan-peralatan atau keperluan logistik berkaitan dalam majlis-majlis atau program-program yang melibatkan keberangkatan Duli-duli Tuanku?

    Untuk majlis-majlis yang diadakan di negeri Perlis, peralatan-peralatan atau keperluan logistik bagi kegunaan Duli-duli Tuanku boleh dimohon secara terus kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 04-976 1350
  • S6. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan sesalinan lagu dan gambar-gambar rasmi untuk majlis-majlis atau program-program yang melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis?

    Lagu-lagu dan gambar-gambar rasmi boleh dimuat turun di ruangan gambar dan video yang ada di Laman Utama Portal.
  • S7. Apakah kod etika pemakaian yang sesuai untuk majlis-majlis rasmi semasa keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis?

    Pihak penganjur boleh menyembah cadang kod etika pemakaian yang bersesuaian dengan majlis atau program yang dianjurkan (klik di sini).
  • S8. Bagaimanakah cara untuk mohon darjah dan pingat kebesaran negeri Perlis?

    Bahagian Dewan Undangan Negeri dipertanggungjawabkan sebagai urus setia yang mengendalikan permohonan darjah dan pingat kebesaran negeri Perlis. Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan https://www.perlis.gov.my/
  • S9. Adakah Galeri Diraja Arau dibuka untuk lawatan kepada orang ramai?

    Lawatan ke Galeri DiRaja Arau hanya dibenarkan sekiranya mendapat titah perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis. Jabatan, organisasi, Pertubuhan Bukan Kerajaan mahu pun individu yang berhasrat untuk mengadakan lawatan perlulah mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis dengan menyatakan secara jelas cadangan tarikh dan masa lawatan beserta jumlah pelawat yang terlibat. Pelawat dinasihatkan untuk mematuhi masa lawatan yang telah ditetapkan (klik di sini).
  • S10. Berapakah kadar bayaran yang dikenakan ke atas pelawat Galeri Diraja Arau?

    Pelawat tidak akan dikenakan sebarang caj.
  • S11. Adakah orang ramai dibenarkan untuk melawat Istana Arau?

    Orang ramai tidak dibenarkan untuk melawat Istana Arau. Walau bagaimanapun, perkarangan Istana Arau akan dibuka pada hujung-hujung minggu tertentu semasa Program Malam Kilauan Cahaya Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.

Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…