Perutusan Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.
 
Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju.
 
Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.
 
Portal ini dibangunkan selari dengan keperluan semasa di dalam era teknologi maklumat dewasa ini yang menghendaki agensi Kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam. Tujuan portal ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberikan maklumat kepada yang tepat dan terkini kepada agensi-agensi Kerajaan dan orang awam berhubung Institusi Diraja di negeri Perlis.
 
Portal ini turut mempersembahkan sebahagian daripada rentetan peristiwa bersejarah Pejabat ini dalam memartabatkan Institusi Diraja di negeri Perlis. Rakyat sedia maklum bahawa kedamaian, keharmonian dan kemakmuran negara yang kita nikmati dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satunya adalah kesetiaan kepada Raja dan Negara.
 
Jika diamati, sejarah tempatan banyak mencelahi kehidupan Raja-Raja Melayu di negara ini. Semenjak zaman silam sampailah ke hari ini Institusi Diraja sentiasa berubah, namun yang tidak banyak berubah ialah kasih sayang dan penghormatan rakyat terhadap Raja.
 
Akhir kata, saya berharap dengan usaha kecil kami membangunkan portal ini dapat memberikan pengetahuan dan manfaat yang besar kepada pengunjung-pengunjung semua.
 
Sekian, terima kasih.

              ttnew
Hazwan Nizam bin Fadil
Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis







Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…