Visi, Misi, Objektif, Fungsi dan Piagam Pelanggan


VISI

          Menjadikan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis sebagai sebuah Jabatan di Bawah Pentadbiran
          Kerajaan 
Negeri Perlis yang unggul dan berkredibiliti.

MISI

         Menjadikan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis sebagai peneraju utama dalam memartabatkan
         institusi Diraja 
Perlis.

OBJEKTIF

         Menguruskan perihal rasmi dan persendirian DYMM Tuanku Raja Perlis bersesuaian dengan
         kedudukan 
Baginda sebagai Raja Permerintah Negeri Perlis.

FUNGSI UTAMA JABATAN

         1. Sebagai agensi perantara yang menyampaikan titah perintah Duli-duli Tuanku dan
             kerabat Diraja dengan 
pihak luar.

         2. Menguruskan majlis-majlis mengadap dan keraian anjuran Duli-duli Tuanku dan kerabat Diraja.

         3. Mengurus hal ehwal berkaitan istana-istana milik Duli-Duli Tuanku.

         4. Mengurus keperluan logistik Duli-Duli Tuanku ketika berangkat keluar dari Istana.

         5. Mengurus Galeri Diraja Arau.

         6. Mengurus pentadbiran am dan kewangan Jabatan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Warga Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis akan menjalankan tugas dengan penuh taat setia dan menjunjung titah perintah DYMM Tuanku Raja Perlis dalam menjalankan semua urusan rasmi Baginda.

 

 

 

Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…