Lima Putera Raja berkenan zahir titah harapan sempena Hari Kebangsaan





Buat julung kalinya, pada tahun ini bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-64, para Putera Raja Pemerintah di lima buah negeri akan menzahirkan titah harapan berkaitan negara Malaysia secara atas talian menerusi program ‘Harapan DiRaja Pewaris Negara Merdeka’.

 
Lima buah negeri tersebut termasuklah negeri Perlis oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, negeri Selangor oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, negeri Terengganu oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, negeri Kelantan oleh Tengku Mahkota Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Negeri Sembilan oleh Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

 
Demikian menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang disiarkan pada petang ini.
Program secara atas talian tersebut akan dilangsungkan bermula jam 9 malam pada Selasa, 31 Ogos 2021 sempena dengan Hari Kebangsaan melalui laman Facebook Live Suara Sunnah Channel, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta di saluran YouTube SSTP JPNPERLIS di mana seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk beramai-ramai menyaksikan siaran tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Kebersamaan Putera-Putera Raja Melayu ini melahirkan pandangan dan harapan menerusi acara ini amat mencerminkan rasa tanggungjawab, keprihatinan, serta rasa cinta terhadap negara dan betapa pentingnya untuk kita sebagai warganegara tanpa mengira kedudukan, pangkat kedudukan, bangsa, budaya termasuk agama untuk sama-sama mengekal dan mempertahankan keamanan serta kemerdekaan negara.
 
 

Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…