Pantau kesihatan diri dan keluarga – Raja Muda Perlis



Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan setiap ketua keluarga di negeri ini hendaklah sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga masing-masing pada sebilang masa apatah lagi kini negeri Perlis sudahpun beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini iaitu rabu 4 Ogos 2021.

 

Pastikan ahli keluarga menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah, menjaga penjarakan sosial dan segera mendapatkan rawatan jika bergejala.

 

Pada masa yang sama, hadkanlah kehadiran pelawat ke rumah terutamanya yang tidak dapat dipastikan status kesihatan. Malah, tangguhkan sebarang majlis perhimpunan keluarga atau kenduri buat seketika lagi.

Penjagaan khusus juga hendaklah diberikan kepada ahli keluarga golongan warga emas dan berpenyakit kronik tersayang kerana sesungguhnya mereka ini boleh mendapat komplikasi teruk jika dijangkiti COVID-19.

Demikian titah nasihat Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat menyampaikan bantuan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Al Rashid, Kg Kubang Perun, Chuping.

 

Amil masjid tersebut, Abdul Latif Ali
menerima sumbangan RM700 bagi pihak setiap seorang daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs yang diiringi sama oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe bersempena program MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke-38 bagi tahun 2021.

Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…