Raja Muda Perlis ajak rakyat patuhi SOP MKN



Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak segenap peringkat masyarakat di negeri ini supaya sentiasa mematuhi Garis Panduan Standard (SOP) secara menyeluruh seperti yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun kini Perlis sudahpun diisytiharkan oleh Perdana Menteri masuk ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 bermula rabu 4 Ogos 2021.

 

Titah baginda, ‘Majikan mestilah mematuhi SOP dengan memastikan setiap pekerja yang hadir ke tempat kerja adalah mengikut kapasiti yang telah ditetapkan. Majikan juga perlu memainkan peranan dengan memantau anggota kerja masing-masing terutamanya yang tinggal dan berulang dari kawasan berisiko khususnya yang merentas sempadan negeri. Selain itu, pematuhan SOP dan norma baharu di tempat kerja hendaklah dilakukan sepanjang waktu bekerja’.

 
 

Dengan pembukaan ekonomi yang lebih besar ini juga Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahsarankan supaya peniaga-peniaga di negeri ini hendaklah terus mengamalkan norma baharu dalam perniagaan. ‘Peniaga yang pantas mengadaptasi sesungguhnya akan mampu menjana keuntungan ekonomi’, jelas baginda.

‘Pada masa yang sama, pastikanlah para peniaga dan pekerja serta segenap pelanggan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Jalankanlah perniagaan di premis masing-masing dengan pematuhan SOP. Inilah masa yang terbaik juga untuk menaik taraf perkhidmatan menggunakan platform digital dan gunakanlah juga lebih banyak perkhidmatan penghantaran ke rumah’, terang Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tuanku Raja Muda berkenan berangkat menyampaikan bantuan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah penuh RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Al Ilmi, Kg. Sungai Berembang dekat Kuala Perlis.

 

Amil masjid tersebut, Natzeri Othman menerima sumbangan RM700 untuk setiap seorang daripada baginda yang diiringi sama oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe bersempena program MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke-37 bagi tahun 2021.



Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…