Raja Muda Perlis seru masyarakat fahami SOP MKN



Masyarakat di negeri Perlis diseru supaya sentiasa mengambil tahu dengan menyemak dan memahami Prosedur Standard Operasi (SOP) Majlis Keselamatan Negara yang digunapakai di negeri ini dari masa ke semasa dalam usaha bersama memerangi Covid-19.

 

 

 

Sikap tanggungjawab perlu diterapkan untuk sentiasa mengetahui, memahami serta mematuhi SOP MKN yang terkini, lantas akan dapat membantu bagi mencegah dan memutuskan rantaian virus Covid-19 yang sedang berjangkit ketika ini.

Sejak kebelakangan ini kes baharu di Perlis semakin membimbangkan khususnya di kawasan sekitar Kuala Perlis. Setiap individu di negeri ini hendaklah mengambil sikap peduli dan bertanggungjawab untuk benar-benar memahami dan mematuhi segala intipati SOP MKN yang sedang berkuatkuasa serta telah dikemaskini pada 23 Julai 2021 baru-baru ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan bantuan bencana Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM4,000 kepada Hassim Idris, 65 tahun yang merupakan mangsa bencana ribut yang berlaku di Kg Sungai Berembang, Kuala Perlis baru-baru ini.

 
 

Tuanku Raja Muda yang juga merupakan Yang DiPertua MAIPs diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor sebelum itu turut menyantuni kediaman Yusri Md Desa, 50 tahun, merupakan seorang petani yang tinggal bersama 9 orang ahli keluarga di kampung yang sama untuk menyampaikan bantuan MAIPs berjumlah RM700.

 

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew juga memaklumkan bahawa jumlah individu yang dikompaun dan diberi nasihat atas kegagalan mematuhi SOP MKN adalah amat tinggi, berdasarkan kepada statistik pihak berkuasa di negeri Perlis sejak 18 Mac 2020 semasa bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sehingga ke hari ini.

 

Tambah beliau, “Dari rekod pihak berkuasa, alasan yang kerap diberikan adalah tidak mengetahui SOP MKN terkini yang sedang berkuatkuasa termasuklah perkara-perkara yang sangat asas contohnya perlu memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak, merentas negeri tanpa surat kebenaran, menaiki kenderaan persendirian melebihi 2 orang dan lain-lain lagi”.

“Pematuhan SOP MKN adalah sangat penting terutama sekali tidak boleh mengadakan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang akan hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan boleh menyebabkan virus Covid-19 tersebar dengan mudah” jelas Wari.

(Visited 43 times, 1 visits today)

 

 

Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…