Anggota Rejimen 504 Askar Wataniah sumbang tabung Palestin



Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan penyerahan sumbangan ikhlas ‘Kutipan Derma Tabung Palestin’ daripada warga Rejimen 504 Askar Wataniah yang disampaikan oleh Timbalan Komander rejimen berkenaan, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor baru-baru ini.

 

Menurut Mohamad Zaidi, ‘Pelaksanaan program seperti ini adalah selaras dengan Tonggak Kelima Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam. Tonggak ini melibatkan pengiktirafan dan keyakinan rakyat terhadap Tentera Darat melalui hubungan kerjasama dengan organisasi serta agensi pihak awam melalui ‘Civil-Military Cooperation (CIMC)’.

 

Di kesempatan yang sama beliau mengajak muda mudi rakyat negeri Perlis yang sihat tubuh badan dan memenuhi segala keperluan minima yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk tampil ke hadapan secara beramai-ramai bagi mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sukarela Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis. Mohamad Zaidi menerangkan bahawa antara keistimewaan, faedah dan ganjaran sebagai seorang anggota sukarela Askar Wataniah adalah mereka akan menerima elaun latihan, elaun operasi, bonus latihan tahunan, pakaian seragam, penginapan, sajian, rawatan perubatan dan juga berpeluang dikerah atau diserap sebagai anggota tentera tetap.

Sementara itu, Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah mewakili seluruh warga rejimen tersebut semalam menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai 2021 dan juga Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Ke 56 pada 1 Ogos 2021.

‘Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta akan sentiasa disanjung tinggi’ titah baginda.

 
 

Untuk rekod, Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun sempena tamatnya darurat menentang pengganas komunis pada tahun 1960.

Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…