Pemantauan berterusan meskipun Perlis beralih ke fasa tiga PPN



KANGAR : Pemantauan ketat perlu dilaksanakan secara berterusan meskipun Perlis dijangka beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh terdekat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian penting bagi memastikan penularan wabak tersebut dapat dikawal di negeri ini.

Titah baginda, proses vaksinasi di negeri ini telah mencapai 40.1 peratus sejak kelmarin yang membolehkan Perlis sudah layak memasuki fasa tiga PPN.

“Pada masa yang sama, adalah dinasihatkan supaya walaupun pergerakan tanpa had radius di dalam Perlis secara rasminya dibenarkan kelak, hanya pergerakan berkeperluan sahaja dilakukan dan jika tiada keperluan, teruskanlah kekal di rumah terutama bagi golongan berisiko seperti warga emas dan juga yang mempunyai penyakit kronik.

“Sesungguhnya setiap pergerakan terutamanya ke tempat tumpuan awam mempunyai risiko mendapat jangkitan,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seorang warga emas di Kampung Padang Lati, di sini hari ini.

Yang hadir sama mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, baginda bertitah, pergerakan ke luar negeri ini juga perlu dihadkan.

“Jika perlu juga melakukan pergerakan ke luar, selepas mendapat kebenaran daripada pihak polis, amalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang berada dalam pergerakan supaya tidak dijangkiti Covid-19 dan seterusnya membawa pulang ke Perlis.

“Bagi ahli keluarga yang berada di luar Perlis, sebaik-baiknya untuk kekal di tempat tinggal masing-masing dan tidak pulang ke negeri Perlis buat ketika ini.

“Akan tetapi, sekiranya masih terpaksa pulang, amatlah digalakkan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum pulang ke Perlis. Setelah sampai, kuarantin seisi keluarga di rumah,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

 

Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…