MAIPs lulus pengurangan kadar sewa premis


KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis  (MAIPs) meluluskan pengurangan kadar sewaan premis MAIPs sepanjang tempoh penutupan penuh sektor ekonomi ekoran pandemik Covid-19 dengan implikasi kewangan sebanyak RM171,668.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inisiatif berkenaan menjadikan jumlah penuh peruntukan kewangan di bawah pakej inisiatif MAIPs menangani wabak Covid-19 bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM8,363,078.

Titah baginda, fokus ketika ini adalah untuk memperhebat impak ekonomi sama ada melalui langkah jangka pendek atau panjang.

“Sebagai langkah proaktif, MAIPs telah dan bakal merencana beberapa lagi inisiatif bagi membantu warga asnaf melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (Atam) dan agihan di bawah skim program peningkatan ekonomi asnaf MAIPs,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada seorang warga emas, di Kampung Nesam di sini hari ini.

Warga emas tersebut, Rahim Mat Isa,61, adalah salah seorang penerima bantuan sara hidup berkala MAIPs turut menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang serta darah tinggi dan kini menerima rawatan dialisis di Pusat Dialisis Davita Kangar.

Yang hadir sama mengiringi baginda Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.



Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs turut menyarankan semua pihak berwajib agar memberi sepenuh perhatian dan keutamaan kepada inisiatif serta persiapan dalam menghadapi pasca pembukaan sektor ekonomi fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sementara itu, Mohd Nazim berkata, pengurusan MAIPs sentiasa komited dalam menyantuni warga asnaf memerlukan.

“Dalam masa sama, penyertaan semua pihak dalam memberikan saranan yang konstruktif dan membina daripada semasa ke semasa amatlah dialu-alukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Aktiviti Kelab PERALIS

{pgslideshow id=16|width=640|height=480|delay=3000|image=L}
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…