Direktori

Media

Informasi

Tutup
<<  September 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
Visitor : 12 guests online
PDF Print E-mail

Fungsi Utama Jabatan

 

  1. Merupakan Jabatan perantara di antara Pejabat dengan pihak kerajaan samada Pejabat YAB Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan, dan lain-lain dengan D.Y.M.M. Raja-Raja.
    • Menyembah memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebarang perkembangan terkini mengenai pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri.
    • Memaklumkan sebarang Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kepada pihak Kerajaan Negeri.
    • Menjadi medium perantara untuk sebarang urusan yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Pihak Kerajaan Negeri.
  2. Merupakan Jabatan perantara diantara Raja dengan rakyat.
    • Menyembah memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebarang permasalahan yang diadukan oleh rakyat melalui Setiausaha Sulit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.
    • Memaklumkan sebarang Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kepada pihak rakyat.
    • Menjadi medium perantara untuk sebarang urusan yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan rakyat Perlis khasnya.
  3. Merupakan Jabatan perantara diantara Raja dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
    • Menyembah memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebarang maklumat dan perkembangan terkini mengenai hal-hal yang dipanjangkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
    • Memaklumkan sebarang Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kepada pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
    • Menjadi medium perantara untuk sebarang urusan yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 

 
 

Penafian: Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

© 2008. Kerajaan Negeri Perlis